Akaun alitqan.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sudikah jika anda ditawarkan peluang untuk membantu memperjuangkan ilmu di jalan Allah? 


Pihak PUSAT PENDIDIKAN AL ITQAN ingin merayu kepada khalayak ramai untuk membantu kami mengumpul dana bagi pembinaan kuarters guru di sekolah kami.

Bukan fasiliti yang mewah kami impikan, hanya keperluan untuk penempatan tenaga pengajar kami supaya dapat memantau keadaan anak-anak kami di hostel seusai persekolahan.

Para pendidik kami sekarang ini berada jauh dari pusat pendidikan dan ia membuatkan keadaan menjadi sukar untuk memantau dan memastikan pelajar di dalam keadaan yang selamat dan selesa.









Al-Itqan ditubuhkan pada tahun 1998 dengan seramai 70 pelajar dan 6 orang guru di sebuah rumah banglo.


Selepas 10 tahun, Al-Itqan telah menubuhkan Sekolah Menengah Al-Itqan dan Sekolah Rendah Al-Itqan. Bagi meneruskan pendidikan yang holisitk, Al-Itqan telah menubuhkan dua buah insitusi iaitu insitusi pra-sekolah ( 4 – 6 tahun ) dan institusi yang berasaskan kepada sistem pendidikan pondok dan tahfiz.


Pada ketika ini Pusat Pendidikan Al-Itqan mempunyai 4 buah insititusi dibawah pengurusan dan kelolaannya serta mempunyai bilangan pelajar seramai 400 orang dan 69 guru dan staf.






Demi memberikan kemudahan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah kami, Al-Itqan ingin membina kuarters guru yang bakal
menempatkan 40 keluarga guru dan kakitangan Pusat Pendidikan Al-Itqan.














Pusat Pendidikan Al-Itqan memerlukan dana sebanyak RM2.4 juta untuk membeli tanah seluas 2946.6127 meter persegi.

Diharapkan dengan pembinaan rumah guru ini, kebajikan tenaga pengajar dan kakitangan kami akan lebih terjaga. Seterusnya memudahkan mereka untuk menguruskan hal ehwal pelajar dan pentadbiran sekolah.

Dengan sumbangan SERENDAH RM50, anda bakal bantu sediakan kediaman yang selesa untuk guru-guru kami yang mendidik anak-anak generasi masa depan tanpa mengenal penat lelah.



  • ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

    “Tidak Akan Berkurang Harta Dengan Sedekah. Dan Seorang Hamba Yang Pemaaf Pasti Akan Allah Tambahkan Kemuliaan Baginya.”

    (Riwayat Muslim)






    Dengan sumbangan SERENDAH RM30, anda bakal bantu sediakan kediaman yang selesa untuk guru-guru kami yang mendidik anak-anak generasi masa depan tanpa mengenal penat lelah.

    NAMA AKAUN MAYBANK :
    SEKOLAH MENENGAH AL-ITQAN